Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Semangat Yang Kental......

Imej
Hati aku bagaikan ranting yang telah reput Reput menunggu masa untuk jatuh menyembah bumi Namun...hati yang reput itu bagaikan melekat di situ... Entah kenapa hati itu tidak mahu jatuh terus menyembah bumi... Bagaikan terkena air hujan yang menghidupkan hati yang reput... Mencari ubat untuk merawat hati yang reput... Allah...ku temui ubat bagi merawat hati yang reput itu... Agar ia terus hidup di atas ranting itu... Tidak jatuh terus menyembah bumi.... Hati yang reput,,,bagaikan terkena ubat sakti... seakan kembali hidup bersama sedikit daun yang tumbuh.... Hati yang reput akan terus bertunas walau hanya sedikit.... Sedikit yang aku rasa..namun..memberinya cahaya pada hati yang seakan ingin mereput... #Tidak akan aku berpaling pada yang telah pergi walau seakan ingin mereput disitu tapi pasti akan terus bertunas kerana aku yakin dan pasti ianya akan terus hidup segar...AMIN.
Imej
#semogaAllahampunkansegaladosaku #semogaakudapathabiskanpengajianakusemesterini #Allahmakbulkandoaakuamin....
Imej
Mencintai itu menyakitkan...namun menyintai juga memberikan emosi positif  menjadikan kita semakin bersemangat.Tapi apakanlah daya jika cinta yang diinginkan terputus di tengah jalan. #semogacintayangdatangakanlebihmembahagiakan #hadirmumemberisejutakemanisan #terimakasihutntuksegalanya
Hadirnya dia dalam hidup aku seumpama lintasan angin yang datang menyapa lalu meninggalkan kesan yang mendalam. Cuba untuk mempercayai bahawa pencarian ini pasti akan bertemu dengan sesuatu yang begitu aku inginkan. Dia...datang tidak diundang...kerana hati pada ketika itu telah terluka.Dia mengisi hati yang telah dilukai.Sakit itu terus hilang hingga tidak tahu di bawa pergi ke mana. Terima Kasih...kerana hadirnya awk tepat pada masanya di kala hati ingin tertutup rapat. Tapi...itu belum lagi menoktahkan segalanya...selagi belum terjadinya Ijab dan Qabul antara aku dan dia. Aku..ingin selalu dia ada disamping aku sebelum dan selepas jumpa.Tidak mahu inginkan yang lain walaupun dia tidak akan pernah sempurna seperti mana aku yang tidak pernah sempurna. Namun dia...mencuri hati dengan dirinya yang ku rasa begitu istimewa.Tahu apa yang diinginkan dan ingin dibuat.Aku..sungguh sayang padanya walaupun aku belum temuinya lagi. Sayang itu..lahir dari hati yang suci seperti namanya ...