..................... SEDETIK LARA ............................. N ama itu masih ada di hati yang lara. Aku tahu dan perlu untuk melepaskan dia pergi dari dalam hidup ini kerana mungkin dia tidak pernah singgah di hati aku. Aku…masih ingati dia kerana cinta dan hati yang aku beri padanya adalah jujur dengan sepenuh hati. Tetapi……………………….ternyata itu hanya mimpi aku di siang hari yang bila aku terjaga ianya sudah lenyap di bawa arus masa yang lalu. Aku…masih setia menyebut namanya dari dalam hati…walau aku tahu dia kini bahagia dengan hidupnya. Aku..sentiasa mendoakan agar dia bahagia dengan apa sahaja yang dilakukannya. Malam ini bila mana aku mendengar lagu yang aku beri padanya..ingatan itu kembali semula…lantas jari jemari aku lincah menulis namanya dengan rasa rindu di hati. Aku tahu dan yakin sudah pasti aku tidak akan ada lagi pada hatinya…namun…rasa hati selalu ingin terus merindui dia yang hanya sekali aku bertentang mata. Mungkin..aku bukan terbaik yang di...