Catatan

Imej
Alhamdulillah...I'M Married..24082018 Alhamdulillah...bersyukur atas rezeki Allah...Semoga ikatan yang dibina kekal sampai syurga Amin. Terima kasih abg Zahidi Johari..I love u soo Much!!

Saya Kembali Menulis...November 2019

Alhamdulillah...akhirnya saya kembali menulis setelah hampir beberapa tahun saya tinggalkan. Banyak yang saya ingin kongsikan melalui luahan rasa hati ini...tapi untuk hari ni..saya ingin menulis harapan dan impian yang ingin saya kecapi serta sedikit muhasabah diri yang ingin saya kongsikan dalam laman ini. 22 Oktober 2019 saya kembali lagi ke bumi Aceh. Saya sentiasa teruja untuk kembali ke Aceh, walaupun saya mengalami pengalaman pahit di sana. Namun, itu tidak mematahkan semangat saya..kerana yang pahit itu mungkin mempunyai pelbagai hikmah yang tersembunyi yang tidak terjangkau oleh akal dan pemikiran. Perjalanan kami menaiki pesawat AIR ASIA pada jam 730 pagi. Saya telah sematkan dalam hati, jika apa-apa yang terjadi saya tidak akan menyesal kerana semasa kita bermusafir pelbagai perkara boleh terjadi. Seperti biasa... saya mmg seorang yang sangat aktif dan sangat teruja apabila pergi travel ke negara orang. Walaupun Aceh pernah sy jejaki namun tetap sy teruja. Bagi trip ka...

..WHO ARE YOU....

Adakala sedih itu datang menyinggah di hati yang lara....adakala air mata mengalir laju menuruni pipi ku...apalah kan daya...hanya menuruti urutan masa yang telah ditetapkan. Kesedihan itu bagaikan tiada bertepi..biarpun ianya bagaikan angin lalu...yang hadir bersama mentari semalam... Adakala..terlalu rindu pada masa yang lalu...masa yang telah aku tinggalkan bersama kenangan semalam.... Adakala...hati bagaikan memberontak...bila ini semua terjadi...namun..apalah daya diri ini...hanya perlu akur pada takdir yang telah ditetapkan... Aku sangat percaya dan begitu yakin dengan Allah s.w.t dengan apa yang diberikan olehnya kepada aku hamba yang sangat kerdil ini. Aku ingin merasai perasaan sedih yang tiada bertepi itu...tapi aku tahu..ia hanya sementara sahaja...aku pasti dan yakin. Pelangi indah akan muncul selepas kesedihan yang tiada bertepi ini...bersama angin lebut sepoi2 bahasa... Allah beri aku KEKUATAN UNTUK AKU MENGHADAPI SEMUANYA DENGAN LEBIH BAIK. #ALLAHSEDANGME...
Imej
         KOREA WITH LOVE!!!!! Serius best KOREA....rasa mcm nak pi lagi..dapat plak pi dgn geng yang boleh satu kepala...meet new people make me feel amazing.... Travel make me feel alive.... Nanti citer lagi..daaa....
..................... SEDETIK LARA ............................. N ama itu masih ada di hati yang lara. Aku tahu dan perlu untuk melepaskan dia pergi dari dalam hidup ini kerana mungkin dia tidak pernah singgah di hati aku. Aku…masih ingati dia kerana cinta dan hati yang aku beri padanya adalah jujur dengan sepenuh hati. Tetapi……………………….ternyata itu hanya mimpi aku di siang hari yang bila aku terjaga ianya sudah lenyap di bawa arus masa yang lalu. Aku…masih setia menyebut namanya dari dalam hati…walau aku tahu dia kini bahagia dengan hidupnya. Aku..sentiasa mendoakan agar dia bahagia dengan apa sahaja yang dilakukannya. Malam ini bila mana aku mendengar lagu yang aku beri padanya..ingatan itu kembali semula…lantas jari jemari aku lincah menulis namanya dengan rasa rindu di hati. Aku tahu dan yakin sudah pasti aku tidak akan ada lagi pada hatinya…namun…rasa hati selalu ingin terus merindui dia yang hanya sekali aku bertentang mata. Mungkin..aku bukan terbaik yang di...

Semangat Yang Kental......

Imej
Hati aku bagaikan ranting yang telah reput Reput menunggu masa untuk jatuh menyembah bumi Namun...hati yang reput itu bagaikan melekat di situ... Entah kenapa hati itu tidak mahu jatuh terus menyembah bumi... Bagaikan terkena air hujan yang menghidupkan hati yang reput... Mencari ubat untuk merawat hati yang reput... Allah...ku temui ubat bagi merawat hati yang reput itu... Agar ia terus hidup di atas ranting itu... Tidak jatuh terus menyembah bumi.... Hati yang reput,,,bagaikan terkena ubat sakti... seakan kembali hidup bersama sedikit daun yang tumbuh.... Hati yang reput akan terus bertunas walau hanya sedikit.... Sedikit yang aku rasa..namun..memberinya cahaya pada hati yang seakan ingin mereput... #Tidak akan aku berpaling pada yang telah pergi walau seakan ingin mereput disitu tapi pasti akan terus bertunas kerana aku yakin dan pasti ianya akan terus hidup segar...AMIN.
Imej
#semogaAllahampunkansegaladosaku #semogaakudapathabiskanpengajianakusemesterini #Allahmakbulkandoaakuamin....