Saya Kembali Menulis...November 2019

Alhamdulillah...akhirnya saya kembali menulis setelah hampir beberapa tahun saya tinggalkan. Banyak yang saya ingin kongsikan melalui luahan rasa hati ini...tapi untuk hari ni..saya ingin menulis harapan dan impian yang ingin saya kecapi serta sedikit muhasabah diri yang ingin saya kongsikan dalam laman ini.

22 Oktober 2019 saya kembali lagi ke bumi Aceh. Saya sentiasa teruja untuk kembali ke Aceh, walaupun saya mengalami pengalaman pahit di sana. Namun, itu tidak mematahkan semangat saya..kerana yang pahit itu mungkin mempunyai pelbagai hikmah yang tersembunyi yang tidak terjangkau oleh akal dan pemikiran.

Perjalanan kami menaiki pesawat AIR ASIA pada jam 730 pagi. Saya telah sematkan dalam hati, jika apa-apa yang terjadi saya tidak akan menyesal kerana semasa kita bermusafir pelbagai perkara boleh terjadi.

Seperti biasa... saya mmg seorang yang sangat aktif dan sangat teruja apabila pergi travel ke negara orang. Walaupun Aceh pernah sy jejaki namun tetap sy teruja. Bagi trip kali ini..kami berada dalam kumpulan yang kecil sahaja iaitu seramai 12 orang.

Saya ingin kongsikan satu peristiwa semasa saya melawat ke kampung LAMPULO...iaitu kapal dia atas rumah semasa berlakunya tsunami. Makcik yang digelar Wan Kolok ini merupakan seorang mangsa tsunami yang terselamat dan beliau sekarang menjadi sukarelawan kepada sesiapa yang berkunjung untuk melihat keajaiban Allah s.w.t dengan mata sendiri.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Semangat Yang Kental......

Lelaki itu......