...HATI YANG SEJAHTERA.......
Bagaimana untuk memujuk HATI....supaya hati akan sentiasa tenang dan bahagia tanpa ada perasaan marah dan benci.Tidak mahu aku mempunyai hati yang sebegitu kerana ianya akan membuatkan aku menjadi manusia yang berada dalam keadaan yang gelisah.
Manusia..itulah yang terjadi..terlalu cepat melatah,terlalu cepat terasa,terlalu cepat berjauh hati...dan terlalu cepat berputus asa.
Aku...tidak mahu menjadi manusia yang sedemikian.Aku ingin menjadi manusia yang penuh dengan kenyakinan dan percaya dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.
Malu...!ya aku malu pada Allah s.w.t...aku takut pada Allah...kerana..HATI ini selalu goyah...selalu berbolak balik...dan selalu lalai....TAPI!!....aku cuba....menyingkirkan perasaan2 negatif yang membelenggu pemikiran aku.
Kata Prof Dr Muhaya....."KITA adalah apa yang kita LIHAT pada DIRI sendiri".InsyaAllah...inilah yang sentiasa menjadi pegangan dalam hidup aku.Ya ....sangat penting.PERCAYA dan YAKIN pada diri sendiri serta YAKIN dan Percaya pada JANJI ALLAH s.w.t....kerana sesungguhnya ALLAH S.W.T tidak pernah memungkiri janji.
Aku melawan perasaan2 negatif itu...aku menepis setiap sangkaan buruk ku.....TIDAK!! itu semua tidak boleh berada dalam pemikiran aku.Aku mesti singkirkan pemikiran2 yang sebegitu...kerana..pemikiran itu menjadikan aku manusia yang tidak YAKIN pada diri sendiri.
Benarlah Firman Allah dalam sebuah Hadis Qudsi :
"Aku bersama dengan sangkaan hamba-Ku kepada -Ku(jika baik sangkaannya kepada-Ku maka aku akan letakkannya di dalam kebaikan,tetapi jika sebaliknya maka dia akan memperolehi apa yang dia sangkakan)".
Hadis ini benar2 mampu memberi aku motivasi untuk aku mempunyai pemikiran yang POSITIF..kerana aku yakin sepenuhNya kepada kuasa Allah s.w.t yang tiada tandingannya.Siapalah aku..melawan takdir yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t.
HATI....aku ingin menjaganya dengan sebaik yang mungkin.Aku tidak mahu hati aku diselaputi dengan selaput2 negatif.Aku ingin hati sentiasa bersinar2 dan bercahaya...kerana aku tahu..hati yang sentiasa bersinar dan bercahaya akan sentiasa didampingi oleh Malaikat yang membawa perkhabaran2 daripada Allah s.w.t.Dengan itu...setiap apa yang aku lakukan akan sentiasa berpandukan kepada Allah s.w.t.
Hanya kepada Allah s.w.t aku mengadu..kerana aku tahu...Allah.s.wt sentiasa akan memakbulkan doa hamba2nya sama ada lambat atau cepat.
Allah...jagalah HATI ini...semoga HATI ini..sentiasa dilimpahi RAHMAT dan KASIH SAYANG MU ya Allah....Tuhan Alam SEMESTA....subhanaAllah......

Ulasan
Catat Ulasan