Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2019
Imej
Alhamdulillah...I'M Married..24082018 Alhamdulillah...bersyukur atas rezeki Allah...Semoga ikatan yang dibina kekal sampai syurga Amin. Terima kasih abg Zahidi Johari..I love u soo Much!!

Saya Kembali Menulis...November 2019

Alhamdulillah...akhirnya saya kembali menulis setelah hampir beberapa tahun saya tinggalkan. Banyak yang saya ingin kongsikan melalui luahan rasa hati ini...tapi untuk hari ni..saya ingin menulis harapan dan impian yang ingin saya kecapi serta sedikit muhasabah diri yang ingin saya kongsikan dalam laman ini. 22 Oktober 2019 saya kembali lagi ke bumi Aceh. Saya sentiasa teruja untuk kembali ke Aceh, walaupun saya mengalami pengalaman pahit di sana. Namun, itu tidak mematahkan semangat saya..kerana yang pahit itu mungkin mempunyai pelbagai hikmah yang tersembunyi yang tidak terjangkau oleh akal dan pemikiran. Perjalanan kami menaiki pesawat AIR ASIA pada jam 730 pagi. Saya telah sematkan dalam hati, jika apa-apa yang terjadi saya tidak akan menyesal kerana semasa kita bermusafir pelbagai perkara boleh terjadi. Seperti biasa... saya mmg seorang yang sangat aktif dan sangat teruja apabila pergi travel ke negara orang. Walaupun Aceh pernah sy jejaki namun tetap sy teruja. Bagi trip ka...