.....................SEDETIK LARA.............................

Nama itu masih ada di hati yang lara. Aku tahu dan perlu untuk melepaskan dia pergi dari dalam hidup ini kerana mungkin dia tidak pernah singgah di hati aku. Aku…masih ingati dia kerana cinta dan hati yang aku beri padanya adalah jujur dengan sepenuh hati. Tetapi……………………….ternyata itu hanya mimpi aku di siang hari yang bila aku terjaga ianya sudah lenyap di bawa arus masa yang lalu.

Aku…masih setia menyebut namanya dari dalam hati…walau aku tahu dia kini bahagia dengan hidupnya. Aku..sentiasa mendoakan agar dia bahagia dengan apa sahaja yang dilakukannya. Malam ini bila mana aku mendengar lagu yang aku beri padanya..ingatan itu kembali semula…lantas jari jemari aku lincah menulis namanya dengan rasa rindu di hati. Aku tahu dan yakin sudah pasti aku tidak akan ada lagi pada hatinya…namun…rasa hati selalu ingin terus merindui dia yang hanya sekali aku bertentang mata. Mungkin..aku bukan terbaik yang dia cari dalam hidupnya…kerana itu aku sentiasa menulis tentang dia kerana dia ku rasa yang paling jujur untuk mencintai walau tidak dihargai.
Aku…menulis tentang dia kerana aku rindu…kerana aku ingat pada dia..kerana aku rasa dia baik…walau hati aku terluka.

Aku..ingin sekali andai Allah makbulkan permintaan ini…berjumpa untuk aku dapat bertanya…Mengapa dan Kenapa? Walau aku bagaikan tahu jawapan dari dia. Tiada aku ingin meminta yang lebih-lebih kerana aku sentiasa yakin dan pasti Allah sentiasa tahu yang TERBAIK bagi aku yang sentiasa lemah dengan rasa hati.
Aku ingin dia tahu..jika dia sudi untuk membaca apa yang di dalam rasa hati..sesungguhnya..tiada aku ingin sakiti atau tersakiti hati dia walau aku tahu aku disakiti olehnya…aku sentiasa dan selalu maafkan dia. Aku ingin dia tahu..tiada aku menilai siapa dia masa silam…bagaimana keadaannya..kerana aku sentiasa terima dia seadanya…aku tidak peduli apa yang orang fikir tentang dia..kerana dia..istimewa di hati..sayang sekali…..semua itu tidak sampai dihatinya yang lara…dan berlalu pergi begitu sahaja..dengan izin Allah.

Cinta..aku rasa padanya walau cinta yang diberi itu dipandang sepi olehnya yang tidak mahu lagi mengerti.


Biarlah …’Sedetik Lara’ itu terus mengingatkan aku padanya yang ada di sana. Aku doakan dia sentiasa bahagia dan gembira dan sihat dengan siapa sahaja yang dicintainya…kerana ikhlasnya hati kepada dia yang bernama…ZY.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Semangat Yang Kental......

Lelaki itu......