Hadirnya dia dalam hidup aku seumpama lintasan angin yang datang menyapa lalu meninggalkan kesan yang mendalam. Cuba untuk mempercayai bahawa pencarian ini pasti akan bertemu dengan sesuatu yang begitu aku inginkan.

Dia...datang tidak diundang...kerana hati pada ketika itu telah terluka.Dia mengisi hati yang telah dilukai.Sakit itu terus hilang hingga tidak tahu di bawa pergi ke mana.

Terima Kasih...kerana hadirnya awk tepat pada masanya di kala hati ingin tertutup rapat. Tapi...itu belum lagi menoktahkan segalanya...selagi belum terjadinya Ijab dan Qabul antara aku dan dia.

Aku..ingin selalu dia ada disamping aku sebelum dan selepas jumpa.Tidak mahu inginkan yang lain walaupun dia tidak akan pernah sempurna seperti mana aku yang tidak pernah sempurna.

Namun dia...mencuri hati dengan dirinya yang ku rasa begitu istimewa.Tahu apa yang diinginkan dan ingin dibuat.Aku..sungguh sayang padanya walaupun aku belum temuinya lagi.

Sayang itu..lahir dari hati yang suci seperti namanya itu yang membuatkan aku tersenyum indah..setiap kali aku menerima kata-kata darinya.

Adakah ianya akan berakhir seperti yang aku inginkan..atau adakah dia akan berlalu dari hidup ini.
Aku..tidak ingin kehilangannya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Semangat Yang Kental......

Lelaki itu......