Suatu saat di pagi yang cerah. Angin bertiup tenang. Sinar mentari lembut menerangi alam.Tetapi sayang, itu semua tidak dapat meredam kegundahan hati sebuah epal yang berada tinggi nun di pucuk. Sejak seminggu lalu epal itu sibuk berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Padahal… kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Siapa yang melihat pasti meluap-luap seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku. Tapi… kenapa aku tidak dipetik orang? Epal tersebut memandang ke bawah. Hairan, kenapa manusia lebih memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana. Bukankah mereka tidak mendapat udara yang bersih dan cahaya mentari seperti aku yang berada di puncak ini? Bukankah kawan-kawanku itu banyak yang telah rosak kerana seranggga? Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan – rakannya yang telah banyak tersentuh dan penuh debu menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dijamah orang. Apakah kekurangan diriku? Perasaan rendah diri mulai merasuk. Makin lama mak...
Hati aku bagaikan ranting yang telah reput Reput menunggu masa untuk jatuh menyembah bumi Namun...hati yang reput itu bagaikan melekat di situ... Entah kenapa hati itu tidak mahu jatuh terus menyembah bumi... Bagaikan terkena air hujan yang menghidupkan hati yang reput... Mencari ubat untuk merawat hati yang reput... Allah...ku temui ubat bagi merawat hati yang reput itu... Agar ia terus hidup di atas ranting itu... Tidak jatuh terus menyembah bumi.... Hati yang reput,,,bagaikan terkena ubat sakti... seakan kembali hidup bersama sedikit daun yang tumbuh.... Hati yang reput akan terus bertunas walau hanya sedikit.... Sedikit yang aku rasa..namun..memberinya cahaya pada hati yang seakan ingin mereput... #Tidak akan aku berpaling pada yang telah pergi walau seakan ingin mereput disitu tapi pasti akan terus bertunas kerana aku yakin dan pasti ianya akan terus hidup segar...AMIN.
Alhamdulillah...akhirnya saya kembali menulis setelah hampir beberapa tahun saya tinggalkan. Banyak yang saya ingin kongsikan melalui luahan rasa hati ini...tapi untuk hari ni..saya ingin menulis harapan dan impian yang ingin saya kecapi serta sedikit muhasabah diri yang ingin saya kongsikan dalam laman ini. 22 Oktober 2019 saya kembali lagi ke bumi Aceh. Saya sentiasa teruja untuk kembali ke Aceh, walaupun saya mengalami pengalaman pahit di sana. Namun, itu tidak mematahkan semangat saya..kerana yang pahit itu mungkin mempunyai pelbagai hikmah yang tersembunyi yang tidak terjangkau oleh akal dan pemikiran. Perjalanan kami menaiki pesawat AIR ASIA pada jam 730 pagi. Saya telah sematkan dalam hati, jika apa-apa yang terjadi saya tidak akan menyesal kerana semasa kita bermusafir pelbagai perkara boleh terjadi. Seperti biasa... saya mmg seorang yang sangat aktif dan sangat teruja apabila pergi travel ke negara orang. Walaupun Aceh pernah sy jejaki namun tetap sy teruja. Bagi trip ka...
Ulasan
Catat Ulasan