Menggoda Keikhlasan.....
Keikhlasan perlukan mujahadah,iaitu bersungguh-sunggh mahukannya.Tidak wajar kita berfikiran “saya takut tidak ikhlas” kerana keikhlasan pasti bertunas dan mekar andai benih niat dari awalnya sudah kita tanamkan hanya kerana Allah semua ini. “Hanya kerana-Mu, Ya Allah”
Menarik…tertarik dengan kata-kata ini dalam satu isu “Menggoda Keikhlasan dalam setiap Amalan majalah Fardhu Ain edisi ke 10. Kata-kata ustaz ini sangat memberi kesan kepada aku…sehingga aku tersedar ikhlaskah aku dalam setiap apa yang aku lakukan.Cukupkah keikhlasan tersebut atau aku belum sampai kepada tahap ikhlas yang sebenar. Apabila aku memeniliti ayat-ayat di atas…ianya umpama satu tanda aras yang perlu aku ukur pada diri sendiri. Mungkin…selama ini,aku merasa bahawa aku sudah cukup ikhlas namun…kadang-kadang keihklasan itu juga goyah dek kerana lemahnya aku sebagai manusia.
Oleh sebab itu juga, kadang-kadang aku menemui jalan buntu dengan apa yang ingin aku lakukan. Ini mungkin kerana aku telah tewas dengan hasutan syaitan yang sentiasa mencari peluang ketika aku berada dalam keadaan lemah.
Hal ini mengingatkan aku kepada situasi yang berlaku kepada aku. Situasi yang menyebabkan aku merasa terkilan dan sedikit tersentak dengan perbuatan seorang pelajar yang ingin aku selamatkan daripada terus digelumang dengan dosa. Aku menjadi sedikit melatah apabila berlaku satu peristiwa yang mengguris perasaan aku dalam usaha aku untuk membawa dia ke jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t. Oleh kerana perasaan marah dan terkilan dengan perbuatannya menyebabkan aku mengambil keputusan untuk melepaskan tangan daripada membawa dia ke jalan yang benar. Ikhlaskah aku…sekiranya halangan dan cabaran yang sedikit ini membuatkan aku rasa berputus asa dan juga menimbulkan perasaan menyampah kepada dia. Bukankah ini baru sahaja sedikit dugaaan yang Allah s..w.t berikan kepada aku untuk melihat sejauh mana aku ikhlas membantunya hanya kerana Allah s.w.t.
SubhanaAllah….aku tersedar kini….inilah yang dikatakan ikhlas…bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu..dan yakin setiap pertolongan ikhlas yang kita hulurkan hanya kerana Allah s.w.t semata-mata..pasti mendapat restu daripada Allah s.w.t.
Tapi bagaimana?aku memerlukan petunjuk daripada Allah s.w.t…semoga Allah s.w.t mengampunkan dosa-dosa aku dan dosa2 anak2 murid aku…..dan kembali ke pangkal jalan..Amin….
5/9/2012
9.10 pagi
Rabu

Ulasan
Catat Ulasan