Lelaki itu......

Huh!.....hehehe....hahahaha....kihkihkih....wakakakaka......apa lagi.daaa.....banyak lagi la......yang aku rasa boleh menggambarkan perasaan yang aku ada pada saat ini....

Lucu...kelakar.....poyo.....unpredictable...spontanious.....tak terfikir oleh dek akal aku..yang ciput ni huhuhu.....SubhanaAllah...MasyaAllah......Alhamdulillah.....Allah hu Akbar.....Sesungguhnya ...sesuatu yang berlaku adalah dalam ketentuan dari Allah s.w.t...jadi....aku menerima dengan hati yang terbuka...pemikiran yang positif.....dan jiwa yang tenang.Walaupun....memanglah....keluar saja dari dalam bilik...tu...memang rasa....Ya Allah....apa yang aku dah buat???Apa yang dah berlaku kepada Aku???Apa dah Terjadi????Gila ...betui aku ni huhuhu......perasaan yang berbaur-baur...yang tidak dapat ditafsirkan dengan kata2...Kiranya ..yang pertama seumur hidup aku....

Aduhai...Allah s.w.t. telah menganugerahkan perasaan itu...setelah aku diberi ujian rasa kecewa dan sedih yang teramat sangat.Itulah janji Allah s.w.t yang sentiasa benar ...kerana sesungguhnya Allah s.w.t itu mengetahui setiap sesuatu yang kita tidak mengetahuinya...kerana sesungguhnya Allah s.w.t itu maha mengetahui.

Seminggu..sebelum peristiwa.itu...aku dilanda rasa kecewa dan sedih yang teramat sangat...rasa satu perasaan yang sukar diungkapkan dengan kata2....sakit yang teramat..dan sedih ...yang sangat menganggu jiwa dan perasaan aku.Mujur...pada saat itu....pemikiran aku masih lagi rasional..benarlah kata Allah s.w.t....dengan mendekatkan hati dan jiwa kita kepada Allah s.w.t maka aman dan tenteramlah hati manusia.Bagaimana untuk mendapatkan hati dan jiwa yang tenteram dalam keadaan dan situasi yang demikian??? Jawabnya...
1) Ambil lah wudhuk dan solat sunat dhuha andai pada waktu itu adalah siang dan waktu dhuha...kemudian..solat la taubat dan seterusnya solat lah hajat dan muhasabah lah diri dengan solat yang telah engkau dirikan dan berdoalah kepada Allah s.w.t dengan IKHLAS dan SEPENUH HATI....dan YAKIN.....kerana dengan semua itu barulah hati mu akan kembali disinari Nur dan Cahaya yang hanya engkau sahaja yang boleh RASA.
2)Bacalah Al Quran &Berzikir dengan sentiasa ingat nama Allah s.w.t...sebab di saat engkau menghadapi kesedihan..engkau akan sentiasa mendengar bisikan-bisikan syaitan yang sentiasa ingin menembus jiwa dan hati mu....maka jika pada saat itu..engkau ingat pada Allah s.w.t....sudah tentu....syaitan dan iblis itu akan menangis kerana tidak berjaya menembus jauh ke lubuk hati mu...yang sentiasa basah dengan kalimah Allah s.w.t...InsyaAllah.

Alhamdulillah....dengan mengamalkan semua itu...hati dan jiwa mu akan lebih tenang...dan engkau akan sentiasa positif untuk meneruskan kehidupan dan melalui destinasi-destinasi yang perlu engkau lalui....yang penuh dengan liku dan ranjau yang berduri.

Bagaimana nak mula?Entah....semuanya bermula....dengan kehendak Allah s.w.t dan semuanya terjadi dengan kehendaknya....:)

29 hb Mei 2013....Rabu bersamaan dengan 19 Rejab 1434 hijrah......

Pagi....awal juga pagi itu aku bangun....kerana...hari ini..hari aku akan menghadapi temuduga.Apabila aku bangun...aku terkenangkan rakan2 aku yang berada di tanah suci...bestnya....seronoknya....wahai hati sabarlah....Allah masih belum mengizinkan mu untuk pergi lagi..Ya inilah takdir yang harus aku lalui..kerana...disebabkan aku tidak dapat pergi ke tanah suci..maka aku perlu menghadiri temuduga pada hari ini.Seandainya ..aku diberi pilihan..aku akan memilih untuk berada di Makkah..berbanding menghadiri temuduga tersebut.

Begitulah....perancangan Allah s.w.t itu adalah yang terhebat....kerana sesungguhnya manusia itu tidak akan mampu untuk melawan taqdir dan kuasa Allah s.w.t.

Aku bangun dengan tiada perasaan yang teruja...biasa sahaja...aku ingin menjadi diri sendiri....aku ingin buat yang terbaik..dan aku juga pasrah dan redha dengan apa yang akan berlaku nanti.Aku bangun...mandi..solat subuh..dan membaca ..surah Al Waqiah dan Al Hasyr.....sebab..surah Al Waqiah untuk rezeki dan surah Al Hasyr adalah untuk ketenangan hati dan jiwa kerana jika kita membaca surah ini pada waktu pagi atau petang..InsyaAllah...70 ribu malaikat akan sentiasa menjaga kita...amin.

Setelah bersiap seadanya....adik lelaki aku...Hafiz yang akan menghantar aku ke tempat temuduga itu...menyatakan aku sudah agak lambat..kerana jam pada waktu itu sudah hampir jam 8.00 pagi..Tak pa....masih sempat...yalah masa tu pun dia masih belum mandi..lagi....

Entah...kenapa..aku x mahu tergesa-gesa..atau gopoh gapah....bagi aku masa tu masih sempat lagi....

Dalam perjalanan tu..aku sakit perut...MasyaAllah..Allah s.w.t saja yang tahu...tapi nak buat macam mana...tak ada tempat untuk berhenti....jadi terpaksalah aku menahan sakit perut yang memulas-mulas itu.Mungkin ini adalah tindak balas kimia dalam badan aku..yang menyatakan bahawa aku sekarang berada dalam keadaan yang stress..sbb ya la kan...persediaan yang x seberapa untuk menghadapi temuduga tersebut.

Sesampai sahaja di Bahagian Tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia...aku terus meluru menuju ke Toilet setelah bertanya di mana tempat pendaftaran...aku sudah tidak peduli...aku perlu menunaikan hajat aku yang pertama yang dahulu..iaitu ke toilet..heheheh(naya betui..lain kali peringatan..kepada sesapa yang baca..jangan minum kopi radix kalau ada hal yang penting di awal pagi...heheh..:)...

Setelah selesai..aku bergegas ke tempat pendaftaran....dan dalam perjalanan menuju ke ruang pendaftaran...aku berselisih dengan dua orang lelaki...dan salah seorang daripadanya....bagaikan ada tarikan di hati aku....tetapi oleh kerana pada masa itu aku dalam keadaan yang tergesa-gesa...hati aku yang terperasan...tanpa sempat aku meneliti dengan lebih lanjut..tapi KENAPA????aku sendiri pada masa itu tidak dapat nak melayan perasaan aku.Cuma yang aku perasaan pakaian dia sangat kemas....memakai beg sandang belakang..mukanya tak dapat kulihat dengan jelas....tinggi.....

Aku cepat2 mencari nama aku...dan aku adalah orang yang ke lima yang akan ditemuduga...dan kerani yang menguruskan pendaftaran itu menyatakan bahawa aku perlu ke aras 1 Bilik Santalia.Aku agak terpingga-pingga sebab aku ingat aku akan ditemuduga ditempat yang sama pada tahun lepas.Kebetulan pada masa itu ada seorang pegawai meminta aku pergi ke aras 1 dan menyuruh pembantunya yang lelaki membawa aku ke sana.Alhamdulillah..urusan aku dipermudahkan.

Dalam perjalanan menuju ke aras 1 ..itu..hati aku masih lagi tertanya-tanya..siapa mereka berdua yang berselisih dengan aku sebentar tadi...kalau mereka itu pun nak temuduga juga habislah peluang aku..sbb..pada pandangan aku yang agak kelam kelibut pada masa itu...mereka berdua itu sangat berkaliber....tak ada harapan lah aku...tapi pada masa yang sama ..hati aku mengatakan tidak...mungkin mereka berdua mempunyai urusan yang lain.Aku sendiri pun tidak tahu...mengapa...hati aku macam ada magnet yang kuat untuk mengetahui siapa mereka berdua...terutamanya yang tinggi tu...Entah la....

Sesampai sahaja aku di aras satu tu...aku melihat ada 3 orang yang sedang menunggu di ruang menunggu yang disediakan.Dua orang perempuan dan seorang lelaki India.Aku merasa lega..sebab...aku punya masa lagi....sebabnya...seperti yang aku katakan tadi...sakit perut aku masih...berkeroncong....meminta aku untuk bergegas semula ke tandas....Huh! memang naya betui!.

Aku bersalaman dengan kakak yang berdua itu...dan melemparkan senyuman manis (manis lah sangat hahahah)..kepada lelaki India di sebelah.Aku cuba menenangkan diri aku...dan mengosongkan minda aku...supaya...aku akan dapat berfikir dengan rasional.Aku mengambil majalah Q&A yang aku beli di sebuah pasaraya.Majalah Q& A ini adalah majalah yang menjadi kegemaran aku...sebab...isi yang ada dalam majalah ini adalah sangat menarik dan menambahkan ilmu pengetahuan.

Aku ingin membaca....aku ingin menyumbat kepala otak aku dengan ilmu yang santai..aku tak mahu serabutkan kepala aku..aku inginkan ketenangan..walaupun dalam hati itu masih lagi duk tertanya-tanya siapa mereka itu??Ishh naya betui..kalau dah duk melekat kat hati tak tahu la....naya.

Lebih kurang hampir 2 jam aku menunggu dalam keadaan yang agak membosankan kerana asyik melihat staff tu duk keluar masuk....bosan lah gak...n rimas pun ada gak..maka sampailah giliran aku.Namun begitu...semasa aku menunggu tu..aku bersms dengan rakan aku yang berada di Makkah..meminta dia mendoakan semoga aku dapat menjawab soalan dengan baik.Pada masa tu..hati memang tak payah nak cakap..rasa macam diri aku dah duk berada kat sana.Jiwa aku di sana..tapi jasad saja di sini huhuhu.

Aku diminta untuk menunggu disebelah pintu bilik temuduga itu.Sebelum sampai giliran aku...ada seorang lagi kakak yang sama duk menunggu dengan aku di sebelah pintu itu.Dia kelihatan sedang membaca ayat2 al quran ..mungkin untuk menghilangkan darah gemuruhnya. Aku agak kagum dengan dia....seorang yang lembut dan tenang sahaja.Semasa duk menunggu tu...selepas kakak yang mengandung itu keluar...penemuduga yang agak rendah(tak lah rendah ketinggian biasa bagi seorang lelaki dan dahinya yang luas dan memakai spek mata) keluar serta melemparkan senyuman kepada aku dan kakak itu.

Ermm...dalam hati..eh lelaki ni yang aku jumpa masa berselisih tadi...maksudnya....aku semakin pasti bahawa mereka berdua yang aku berselisih tadi adalah orang yang akan menjadi penemuduga aku....sebab kakak itu beritahu..sebelum ini..penemuduga itu adalah lelaki yang memberikan aku sedikit harapan ...hahaha...(punyalah positif giles kut!hehheh..).

Dalam hati...subhanaAllah..patutlah aku terkesan dengan kehadiran mereka berdua...rupa2 nya penemuduga aku....Naya!.(pada masa itu)

Pintu di buka sekali lagi...selepas dan kelihatan seorang lelaki memakai seluar hitam,berkod hitam dan berkemeja unggu..tinggi...keluar...dan sekali lagi menarik2 hati aku..Ya ..lelaki inilah..betuilah sangkaan aku...

Aduhai....mampuslah aku...nanti...nak berhadapan dengan mereka berdua.Ok kena kawal perasaan dan fokus OK.(aku tak dapat nak diagnos apa yang aku rasa pada saat itu..cuma yang aku rasa...pelik..dan tak tahu!!!sungguh!).

Takut ..ya aku rasa takut..sebab mereka berdua nampak sangat berkaliber.....ya itu sangat PASTI!

Setelah kakak itu dipanggil..aku menunggu dengan penuh sabar.Aku teringat..dalam beg aku ada surah mathurat yang aku beli tempoh hari.Aku pun membuka dan membaca surah tersebut bagi menenangkan jiwa yang gundah gulana pada waktu dan ketika itu.

Aku tidak suka perasaan untuk menghadapi temuduga...sebab..perasaan itu menyebakan aku rasa...rimas.
Dalam aku duk menunggu itu..datang seorang perempuan....yang..entah dari mana.Tapi aku rasa..beliau  seorang pegawai di IPG.Ish..kebetulan pula..sbb ..yalah dalam masa beberapa hari lagi..aku akan melaporkan diri ke IPG Bainun di Pulau Pinang.

Dia duduk bersebelahan dengan aku...dialognya begini:

Wanita itu: Senyum dan bersalaman dengan aku

Aku: Senyum dan membalas salamannya

Wanita itu: Buat apa dekat sini?

Aku: Menghadiri temuduga..HLP...senyum..untuk Kaunselor.

Wanita itu: oooh....

Aku: Ada apa datang ke sini?

Wanita itu: OOh nak berjumpa dengan pegawai....

Aku:...Ermmm...(dalam hati oo mungkin dia nak menghantar tesis atau proposal untuk HLP juga ni..sbb aku tgk banyak sungguh dekat tangannya..yang aku rasa agak berat untuk dia pegang).

Setelah wanita itu berjumpa dengan pegawai yang sepatutnya..(dan benarlah seperti telahan aku)....dia pun berlalu pergi.

Tiba-tiba2....wanita itu:..Datang semula dan bersalaman dengan aku dan mengucapkan semoga aku berjaya..
Aku...pada ketika itu tergaman..dia patah balik semata2 sebab nak ucapkan semoga aku berjaya dan bersalaman dengan aku...hehehhe....terharu gak....n rasa pelik...tapi...itu juga yang akan aku lakukan.. sekiranya aku berada ditempatnya....budi bahasa kan budaya kita.

Aku pun terus menunggu..walaupun..aku semacam dapat rasakan atmosfera yang agak pelik..dan sangat pelik..entahlah...aku sendiri tidak dapat mentafsirkannya.

Akhirnya..kakak itu pun keluar dari bilik temuduga dengan muka yang sedikir ceria berbanding sebelum dia masuk.Agaknya dia rasa lega kut..dah terlepas dah beban tu.

Aku lah plak yang tiba2 rasa ...bertenang...tarik nafas....relaks...cuba yang terbaik..kalau ada rezeki InsyaAllah tak ke mana kan.

Aku masih belum dipanggil untuk masuk.2 minit selepas itu..pintu dibuka ..dan yang memanggil aku masuk..adalah lelaki itu!!!lelaki yang macam ada magnet kat hati aku tuh...heheh...poyo betui...

Aku pun masuk dengan Bismillahirahmanirrahim di dalam hati.

Melangkah sahaja masuk ke dalam bilik itu..ada dua orang lelaki....dan aku lantas memberi salam...dan mereka berdua menjawab salam yang aku berikan.

Aku pun duduk..setelah dipersilakan untuk duduk oleh penemuduga.Aku semakin gementar..sebab..aku rasa aku perlu stabilkan diri aku ..dan aku rasa...soalan-soalan yang akan ditanya agak mencabar.

Soalan pertama di tanya oleh panel yang pertama.....yang aku rasa ..beliau merupakan seorang Doktor...

Seterusnya seolan yang kedua...doktor menanyakan tentang isu penagih dadah yang kembali untuk menagih dadah setelah di beri pemulihan.

Hati....aku memulakan dengan ayat hati...aku menyatakan bahawa seandainya..hati dan jiwa mereka kembali kepada Allah s.w.t.sudah tentu mereka tidak akan melakukan perkara-perkara tersebut.Bagi aku..hati yang bersih dan jiwa yang tenang..akan menjadikan manusia itu dapat berfikir mana yang baik dan mana yang buruk.Manusia yang hidup tanpa pegangan agama yang kukuh akan cenderung untuk memusnahkan diri masing-masing.Oleh itu ,sekiranya penagih tersebut mempunyai hati yang sejahtera..maka sudah tentu dia tidak akan mengulang kembali perkara seperti itu.Dan aku telah menyatakan satu perkara berkenaan HATI yang telah menyebabkan lelaki yang seorang lagi itu.....terus melemparkan satu pernyataan kepada aku..apabila aku membuat kenyataan bahawa Hati itu yang berfikir..dan beliau telah memperbetulkan pernyataan aku...Walaupun aku kurang bersetuju..namun aku malas untuk mengulas dengan lebih lanjut..mungkin dia kurang memahami apa yang ingin aku sampaikan.

Kemudian Doktor terus menanyakan soalan yang selanjutnya...pada mulanya aku rasa agak geram dengan lelaki yang tertarik itu..kerana dia selalu mematahkan hujah aku.Apabila sampai soalan doktor yang kedua....doktor menanyakan kepada aku...Adakah terdapat kes-kes yang sebegini disekolah dan bagaimana aku menghadapi kes-kes tersebut?

Aku menjawab dengan suara yang agak gementar.Ya..apabila aku cuba melawan perasaan gementar..suara aku akan mula berubah seperti seakan-akan mahu menangis.Aku memberitahu kepada penemuduga tersebut bahawa aku gementar...dan disebabkan itulah suara aku agak berubah.Sebenarnya aku malu...ishh..kenapa aku selalu macam ni...suara gementar dan berubah..semasa aku bercakap..aku dapat rasakan..bahawa bila2 masa saja ni...air mata akan mengalir..sebab...bila soalan yang berkaitan dengan pelajar..sememangnya akan benar-benar menyentuh hati aku.Aku seperti dapat rasakan ada air mata di mata aku...duk bergenang...aku sabarkan hati Ya Allah janganlah menangis tolong lah....tiba-tiba...aku sudah tidak mampu untuk menahan air mata..lagi dan bercucuran bagaikan hujan..walaupun pada permulaan aku menjawab soalan dengan begitu yakin sekali.Akhirnya...luruh juga air mata yang mahal ini.Aku bukanlah seorang yang mudah untuk menangis...dan aku sendiri tidak paham..mengapa semua ini terjadi dihadapan dua orang lelaki yang menemuduga aku....dan aku menangis teresak-esak di hadapan mereka berdua.Ohhh..TIDAKKK!!!!!giles betui...malunya  SubhanaAllah.

Pada permulaan aku mengeluakan air mata..aku masih lagi bercakap...dan mereka pun masih lagi dalam keadaan yang biasa...dan boleh lagi ketawa..tapi akhirnya mereka berdua mula panik apabila melihat aku terus menangis...tak berhenti....lelaki yang tertarik itu meminta supaya aku betenang dan meminum air yang dituangkan olehnya kepada aku...aku minum..dan kawal..tapi x mampu..dan akhirnya dia keluar untuk pergi mencari tisu..aku tak tahu...mengapa aku sangat lemah dihadapan dua orang lelaki itu...Dan..yang buat aku semakin tersentuh..apabila dia..lelaki yang menarik hati aku itu..keluar mencari tisu dan menghulurkan tisu tersebut kepada aku...dan SUNGGUH!....saat dan ketika itu..hati aku TERSENTUH.....(nasihat aku kepada lelaki diluar sana..jangan bagi air atau tisu kepada mana2 wanita yang menangis didepan anda..sbb sesungguhnya...tindakan itu akan menyebabkan wanita itu akan ingat anda untuk sepanjang masa..klu lelaki bujang dan wanita bujang x apa..kalau lelaki yang sudah berkahwin JANGAN....seperti doktor tu yang hanya tengok sahaja..:).

Sungguh!..tidak pernah terlintas sedikit pun kat hati aku...seperti ini akan berlaku..semuanya adalah ketentuan dari Allah..s.w.t...

Selepas diberi tisu dan air..aku semakin bertenang...dan boleh menjawab untuk soalan yang seterusnya.

Perasaan aku pada ketika itu..KOSONG.....

Ok cik Nurul kita akan menukar soalan yang lain...dan dia yang telah menarik hati aku..pun menanyakan soalan yang seterusnya.

Next soalan dari si dia...intro ayatnya berbunyi begini:

Dia: Cik Nurul masih lagi bujang kan?

Aku: Ermm..ya..sambil mengangguk2 kan kepala...dalam hati ..cis!! soalan apakah ini.(----)

Dia: Agak2 nya bila cik Nurul akan menamatkan zaman bujang?

Aku: Perghh!!!memang soalan cepu mas ni...Giles tui mamat ni...psiko..mampus aku...malunya nak jawab.Aku pun dengan muka tersenyum dan sengih2...malu kot..nak jawab soalan tuh....dah la malu sebab teriak tadi x habis....ni malu lagi nak jawab soalan yang agak peribadi aduhai......
Jawapan aku berbunyi begini:
 Bagi saya....Jodoh ini adalah satu perkara yang misteri dan ghaib.Satu perkara yang saya tidak tahu.Oleh kerana perkara itu saya tidak tahu..jadi tidak perlulah saya memikirkan sesuatu yang sendiri tidak tahu..sebab jodoh adalah urusan Allah s.w.t..dan saya percaya dengan janji Allah s.w.t...dan semuanya berada dalam ketentuannya. Berapi-api kut ayat yang aku keluarkan..tu la tanya lagi pada aku tentang soal jodoh.
Dua orang itu mendengar dengan penuh khusyuk dan mengangguk2 dengan apa yang aku perkatakan.Dan ayat yang aku masih ingat sehingga sekarang....dari si dia yang tertarik itu adalah....Awak telah Memotivasikan Saya....!wow!...ayat2 dia seperti ayat2 cinta yang menusuk sampai ke jantung aku...aduhai....

Tersentak aku...bila dia menyatakan sebegitu...apakah maksudnya?aku memandang mukanya..dan lantas menundukkan muka dengan perasaan sedikit malu..dan tertanya2....Apa maksudnya?Dia masih belum berkahwin ka???mengapa dia menyatakan sebegitu.
Doktor yang disebelah memandangnya dengan tersenyum2.....

Aku rasa..habislah..aku dah kena dengan mamat psiko ni...habisla aku...huhu....perasaan bagaikan ada rama2....teruja..dan ingin mengenalinya dengan lebih dekat.

Selepas itu...soalan yang seterusnya..datang bertalu-talu yang menguji aku mengenai ilmu kaunseling yang aku ada serta pengalaman dan kemahiran aku.Memang agak dasyat juga kerana setiap soalan yang dikemukakan memerlukan aku..mempunyai pemikiran yang tinggi.

Part yang seterusnya..adalah apabila..dia meminta untuk aku berlakon dengannya....aku sebagai kaunselor dan dia sebagai klien.

Sudah...inilah part yang paling aku tak suka...macam yang terjadi semasa aku menghadiri temuduga di Maktab.Aduhai.....nak kena jadi pelakon pulak..dah la kena berlakon dengan dia...eeee.......(mampusla aku).

Dia menyatakan situasi..seorang lelaki yang putus cinta..kerana tunangnya sudah berkahwin dengan orang lain.Keadaan lelaki itu berada dalam keadaan yang sangat teruk...dan berputus asa..dan tidak bermaya.Sudah tidak mampu bercakap.Apa yang perlu aku lakukan kepada klien yang sebegitu.

Sudah...dia menongkat dagu di hadapan aku..dengan muka...sedih dan memandang tepat ke arah aku.Aduhai...lemahnya aku saat itu..memandang mukanya yang begitu dekat dengan aku..dengan panahan anak matanya yang tepat ke arah aku.Aku cuba mencari kekuatan dengan memandang kepada doktor...dan doktor meminta kami memulakan sesi tersebut.
Aku...berfikir sebentar...menenangkan perasaan sendiri yang gundah dan gelana itu.....
Aku memulakan dengan minta sekeping kertas dan pen....kemudian aku meminta dia melukis apa sahaja yang terlintas difikirannya...
Dia pun menyatakan bahawa dia tidak pandai melukis...aku memujuk dengan meminta agar dia melukis apa2 sahaja yang menggambarkan perasaannya.

Dia pun melukis...dia melukis gambar....gambar seorang wanita.. dan dialog aku dengannya berbunyi begini:

Aku: Siapa ni?

Dia: Kekasih saya....nama dia Nurul...

Aku..: Gulp....eee...(aku mengawal perasaan...memang sah dia tgh psiko aku..)...ooo....dia ada di mana sekarang?

Dia: Di hadapan saya....

Aku:..ermm..okk...dan seterusnya tiba-tiba aku menamatkan sesi..sbb aku rasa dah tak boleh nak teruskan sesi..sbb emosi aku sudah agak terganggu.

Terganggu oleh siapa??Terganggu..kerana...aku sudah merasakan sesuatu...yang membuatkan aku tidak dapat meneruskan lagi sesi tersebut...kerana..pada waktu dan ketika itu...otak aku dah tepu....dan blank..aku sudah tidak mampu berfikir lagi.

Dia menanyakan kepada aku...sama ada aku ingin menganalisis hasil lukisan tersebut....aku blank...aku tidak dapat berfikir..dan aku menyatakan tidak.Tanpa aku duga..dia mengambil kertas tersebut dan melipat menjadi empat ..barulah pada masa itu aku teringat tentang art theraphy...yang aku tahu sedikit tetapi aku belum lagi menguasainya.

Dia membuat perkongsian ilmu dengan aku...sangat berhemah dan sekali lagi..dia ..telah berjaya mencuri hati aku...APAKAH INI!.....

Ada beberapa lagi..yang berlaku..dan aku sudah tidak ingat..sebab...otak aku pada masa itu sangat ligat berfikir.

Setelah itu part yang ke tiga....TEORI...x sangka plak ada part ni.Nasib baiklah masa kat luar tadi..sempat la juga aku baca...dan aku mmg suka akan teori ini..cuma...aku kurang yakin..sbb aku sedikit keliru.

Apabila dia terus menanyakan soalan mengenai teori yang aku pegang...bukan aku x nak jawab..cuma pada masa itu..aku masih berfikir...untuk menyakinkan hati..akhirnya..entah ..apabila dia asyik bertanya...maka..aku terus menyatakan bahawa ..teori yang aku pegang adalah REBT.

Dia seakan dapat merasa bahawa aku seperti tidak berapa yakin untuk menyatakan tentang teori..maka dia terus bertanyakan soalan tersebut kepada aku.Ishh...gerammya..kenapa banyak sangat soalan dia tanya! dan

Ok sekarang ..saya nak cikgu...tolong lakarkan langkah atau step teori tersebut.Giliran cikgu pula melukis..amboi..ayat cikgu pula melukis mencuit hati aku entah kenapa...ayat itu aku rasakan seperti ada kemesraan antara aku dan dia..dan aku menjadi semakin yakin dan selesa dengan kedua-dua mereka..kerana setiap kali aku memberi pandangan..mereka sangat khusyuk mendengar dan memberi perhatian sepenuhnya dan asyik ketawa ja. Aku tidak tahu sama ada ini satu petanda yang positif atau negatif...kerana semua urusan tersebut adalah dalam ketentuan Allah s.w.t.

Dia memberikan pen dan kertas kepada aku..dan aku pun dengan yakinnya...melukis langkah atau step teori tersebut dengan bersemangatnya.Sebab pada masa itu aku semakin yakin bahawa teori tersebut adalah betul.

Mereka berdua berpuas hati dan tersenyum...aku pun tersenyum dan rasa sangat yakin dan...rasa sayang plak dah nak habis sesi temuduga ni huhuhu.....

Ayat aku terakhir sebelum habis....This is.a good experience for me...dan sepatutnya saya berada di Makkah tetapi atas sebab2 tertentu saya tidak dapat pergi disebabkan masalah kuata..dan akhirnya saya berada di sini.

Aku tak ingat siapa yang bertanyakan kepada aku tentang...cik nurul anak bongsu ka?Aku menjawab tidak..saya anak yang kedua.Mungkin dia rasa aku sangat manja kut hahahaha.....sebab teriak tadi...MALU!!!

Dan part yang paling best la gak..datang naik apa?Naik bas...ni nak balik terus ka apa...?tak saya x terus balik lagi kut..berjalan2 dulu kat sini..:)...nAIK BAS....adalah betui dan untuk menggambarkan betapa kesiannya aku heheheh....

Aku melangkah keluar dengan ucapan Assalammualaikum...dan perasaan yang bercampur baur...entah la..yang pasti pengalaman ini sangat manis...dan...sentiasa membuatkan aku tersenyum setiap kali aku ingat kepada.. Lelaki itu..yang aku tidak tahu nama dan siapakah dia....aduhai....

Rupanya inilah perancangan Allah s.w.t untuk aku..selepas aku mengharungi kesedihan selama seminggu.Allah s.w.t ingin mengaturkan pertemuan dengan lelaki itu..seandainya dia benar2 masih belum berkahwin...mungkinkah ..dia adalah calon untuk jodoh aku(aku berangan ja hehehhe..kalau sungguh..Alhamdulillah...calon lelaki mithali....:).)....atau...Allah mengerakkan hati mereka untuk memilih aku sebagai calon yang akan menerima HLP itu...aku tidak tahu.

Namun apa yang pasti....melalui semua ini...membolehkan aku mengutip ilmu yang tidak mungkin aku perolehi melalui buku..merasa perasaan itu..adalah satu anugerah dari Allah...kerana rasa yang aku rasa itu memotivasikan aku..dan menjadikan aku manusia yang sentiasa positif..dan membolehkan aku melihat manusia dalam perspektif yang sangat berbeza.

Rupa2nya di dunia ini...masih lagi terdapat ciri-ciri lelaki yang selalu aku impikan itu....semoga..Allah memakbulkan semua doa aku..amin.

Kepada si dia..yang tidak tahu namanya....

1. Terima kasih...air dan tisu..
2. Semoga..dia masih lagi single...:
3. Harap kita berjumpa semula..amin.

...end....




























Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Semangat Yang Kental......